Monday, May 31, 2010

~Jiwa Klasik~


Bergema ruang hati ini tatkala lagu-lagu lama berkumandang. Saluran Klasik Nasional begitu menggamit memori lama. Jika benar ada yang mengatakan bahawa Klasik Nasional hanya sesuai didengar oleh golongan veteran, aku menyangkal sama sekali. Aku orang muda, tapi berjiwa seperti orang lama. Segmen Kau, Dia, dan lagu membawa aku menyelami kenangan para pendengar. Pelbagai kenangan disebalik lagu. Orang muda, belajarlah dari orang lama. Mereka terlebih dahulu merasa manis, masam,pahit,dan tawar di dalam kehidupan ini. Semua ini dapat kita perhatikan pada setiap patah kata-kata yang tersusun indah bersama alunan melodi yang mempersona. Orang lama suka menikam atau berbahasa beralaskan kiasan. Begitu unik, bukan?
[ Irama Klasik, usahlah pupus, ya? ]