Sunday, February 8, 2009

Role model

Bagaimana kita memilih seseorang itu untuk menjadi role model ? Aku fikir role model itu mestilah seorang yang menjadi diri dia sendiri. Dia tak mengikut cara atau gaya orang lain. Ada sesetengah yang berfikir bahawa role model mestilah seorang yang sempurna. Usah ada pemikiran sebegini. Tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Jangan dihukum andai mereka melakukan kesilapan atau gagal mencapai apa yang kita harapkan. Aku tak mempunyai role model yang khusus. Namun, apa yang aku lihat terbaik disekelilingku, itulah yang menjadi contoh buatku. Ibubapa dan sahabat sentiasa berada di hati dan membantu menyusuri kehidupan yang penuh duri :)

Akibat sendirian.

Aku rasa tak lengkap hari yang aku lalui tanpa membaca surat khabar. Aku lebih suka baca The Star dari NST.
Ada satu berita yang membuatkan aku terkesima. Seorang remaja perempuan telah didapati membuat panggilan palsu ke talian 999 sebanyak 5000 kali. Hal ini berlaku kerana dia rasa kesunyian dan bersendirian di rumah. Oleh itu, dia mendail 999 supaya ada orang yang jadi teman bual dia sepanjang hari. Dia telah pun menukar no telefon beberapa kali.Namun sepandai mana tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dia telah dinasihatkan oleh pihak atasan agar tidak mengulangi perbuatan ini.

Pada pandanganku, tak perlu kita melakukan sesuatu yang menyusahkan diri kita sendiri. Lebih teruk lagi, ia akan menyusahkan pihak lain.Tak ada masalah, buat apa nak cari masalah. Banyak lagi kerja berfaedah yang boleh dibuat. Banyak lagi orang yang mahu menggunakan talian 999 untuk kecemasan. Sematkan di dalam hati, fikir dulu sebelum buat dan jangan kerana perbuatan kita, orang lain yang merana.

Monday, February 2, 2009

Gary Moore - Nothing's the Same

Another time, another place.
The lonely streets where we embraced.
Then you would go without a trace.
Nothing's the same without you.

Another day goes passing by.
I sit alone and wonder why.
Sometimes it's hard, but I will try
to live my life without you.

You're in my heart, you're in my dreams.
You're everywhere or so it seems.
So many times I've heard that song.
Hold back the tears, pretend you're strong.

Another day goes slowly by.
I sit alone and wonder why.
I think of you, I start to cry.
Nothing's the same without you.

Another time, another place.
The sweetness of our last embrace.
What would I give to see your face.
Nothing's the same without you.

Nothing's the same,
nothing's the same,
nothing's the same without you.

Friday, January 30, 2009

Saje je..

Saje baca post di blog Salina Amran. Ada sesuatu yang membuatku tertarik. Jadi, aku pun nak cuba juga buat tag ni.heheh. Asalnya Tag ni di buat oleh Ayin.


Rules:
The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

I am


I really want to go


My favourite place


My favourite things







My favourite drink



My favourite food


Sup sayur. :D

My favourite color



I live in


I was born in

Hospital Batu Pahat

I attended


Sek Keb Paloh 1


Sek Men Keb Paloh

My favourite story

My favourite hobby


I wish for



The 6 people I’m TAG-ging are
Izzah, Mashitoh, Kak Izyan, Szakif, Zahliya ;)



Thursday, January 29, 2009

Aku tetap aku.


Aku dapat idea untuk menulis tentang diriku setelah membaca satu post di blog Izzah.hehe.

1. Selepas masuk matrik UIA, aku beralih dari seorang yang pendiam kepada seorang yang lebih banyak cakap. Tapi dari apa yang teman rapatku katakan sekarang aku agak pendiam dan tak peramah seperti dulu. Hmm..Mungkin kenangan lampau yang jadikan aku sebegini. Masih ada sekelumit peristiwa yang masih tak dapat aku lupakan.

2. Aku beminat dengan pementasan teater. Kali pertama aku tengok teater yang bertajuk " El Cafetalero " di UIA Gombak. Persembahan yang mantap dan menarik. Aku ingin sekali menonton Puteri Gunung Ledang the musical,tapi jarak yang jauh menghalang keinginanku.

3. Aku amat suka bercucuk tanam. Seronok tengok pokok yang menghijau.

4. Aku ingin belajar bermain gitar sehingga aku benar-benar mahir. Aku telah cuba mengikut cara-cara bermain gitar melalui buku tapi tak berjaya. Belajar melalui teori sahaja kurang berkesan, ia mestilah diadun bersama latihan.

5. Aku minat membaca novel, surat khabar,komik dan semua jenis buku. Tapi tak suka baca kisah hantu dan imaginasi. Sekarang, aku dapat rasakan seperti tak sempurna hari-hari yang aku lalui andai aku tak beli surat khabar . Aku cuba sedaya upaya pergi ke KOM pada pkl 9 pagi semata-mata untuk membeli surat khabar. hee..

6. Aku sukar meluahkan apa yang aku rasa pada orang. Nak kata aku sayang pada orang pun susah. Lidah seakan kelu untuk berkata. Tapi aku zahirkan rasa sayangku pada perbuatan.

7. Kadang-kadang aku ni lurus orangnya. Selalu juga tertipu dengan Izzah dan Mizah. hahah. :p

8. Masa kecil hingga tingkatan 4, aku suka panjat pokok. Rasa lebih seronok bila dapat baca buku atas pokok. Nyaman je sambil dipukul dengan angin. Ada satu waktu itu, aku panjat pokok mangga. Pokok ini terletak bertentangan dengan Pejabat Pos. Lalu, aku terdengar ada orang berkata " Anak siapa tu? " Ayahku menjawab " Anak perempuan aku la ". Malunya bukan kepalang. Aku pun segera turun dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Heeeee.. :D

9. Aku suka membeli kereta dan motor mainan. Sekarang ni, aku ada 5 buah kereta mainan dan sebuah motor sport.

10. Aku berkawan dengan semua orang. Selagi orang tu tak buat jahat padaku, selagi itulah aku aku berkawan dengannya. Tak semua rahsia aku ceritakan pada kawan-kawan. Hanya orang yang rapat denganku sahaja aku berupaya untuk berkongsi rahsia dan cerita-cerita peribadi. Kepercayaan yang padu aku sandarkan pada mereka.Terima kasih Izzah dan Mizah kerna menjadi temanku. :)

11. Aku berfikiran terbuka. Aku sedia menerima segala nasihat dan teguran orang.

12. Aku meminati bidang yang berkaitan dengan kewangan. Contohnya prinsip perakaunan, perbankkan, dan pasaran saham.

13. Aku ni sensitif juga. Lebih-lebih lagi dengan orang yang rapat denganku. Mudah je nak kecil hati. Tapi jika asyik nak kecil hati je, tak ada kesudahannya. Buat letih je. Jadi, buat biasa-biasa sudah.

14. Paling aku suka ???
Makanan : tom yam daging, mee sup yang aku masak sendiri
Minuman : air teh O ais
Buah-buahan : Durian Belanda, Buah Delima,Apple.
Warna : Biru, Ungu, Hitam
Corak : Batik
Lukisan : Potret, Landskap
Movie : Titanic, Cinderella Story
Muzik : Balada, Akustik, Tango
Radio : Suria FM, Fly FM
Bahan bacaan : Al-Quran, Novel Melayu, Novel Inggeris
Kartunis : Lat, Bill Watterson
Penulis buku : Usman Awang, Darma Mohammad, Natasha Hudson, Adam Mattews

16. Tak suka orang yang;
Tak menepati janji, talam dua muka, suka memaksa, sombong.


17. Dalam pencarian ;
1. Novel Titanic
2. Jejaka tampan.hahahaha.. Bila nak jumpa eh??? hehe



Aku tetap diriku.Walau badai dan taufan melanda, aku tetap teguh berdiri. Hanya ajal yang bisa memisahkan semangat yang ada di jiwa.

Marah !

Setiap manusia pasti ada perasaan marah. Namun, kita perlu mengawal emosi. Aku tak kesah orang marah padaku andai aku melakukan kesilapan. Segala nasihat yang aku terima sering aku aplikasikan dalam kehidupan seharian. Hanya orang yang rapat denganku sahaja dapat tahu bahawa aku sedang marah atau tak. Bila aku terasa nak marah, tiba-tiba hati ini rasa sejuk bila berhadapan dengan orang yang aku sayang. Tak sampai hati nak marah. Ada ketika aku rasa tak tahan lagi nak simpan apa yang aku rasa dalam hati. Lalu aku melepaskan rasa geram dan marah dengan cara aku sendiri. Aku tak nak melibatkan orang lain. Dengan cara rahsia itu, mungkin aku berasa tenteram. :)

Penat ke buat baik ?

Aku tak kesah untuk berbuat baik pada orang. Tapi aku tetap berpegang pada pepatah " buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Jangan disalah tafsir pula, buat jahat jangan sekali bukan bermaksud kita perlu buat jahat lebih dari sekali. Seharusnya, usah ada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Pada cuti yang lepas, aku telah bertanya kepada emakku " Mak , penat tak buat baik pada orang?". Lalu emakku menjawab " Penat andai orang tak hargai ". Aku pun berfikiran sebegitu. Tak pernah terdetik di hati ini untuk mengharapkan sebarang balasan. Aku ikhlas dalam melakukan segala kebaikan. Buat baik ini bukanlah sesuatu yang menyusahkan, malahan aku rasa bahagia andai orang yang aku bantu itu gembira.

Ingin aku ceritakan di sini bahawa ada satu waktu dulu, aku dan pak cikku telah ternampak seorang warga tua ingin melintas jalan. Kami segera memberhentikan kayuhan dan meletakkan basikal di bahu jalan. Kami membantu warga emas itu melintas ke seberang jalan. Selepas itu, kami pun beredar untuk pulang. Tapi alangkah terkejutnya kami apabila dia seakan nak marah pula. Dah la tak cakap terima kasih. Nak marah orang tak tentu hala. Kami buat tak tahu je walaupun ada sikit rasa geram dalam hati.