Sunday, February 8, 2009

Akibat sendirian.

Aku rasa tak lengkap hari yang aku lalui tanpa membaca surat khabar. Aku lebih suka baca The Star dari NST.
Ada satu berita yang membuatkan aku terkesima. Seorang remaja perempuan telah didapati membuat panggilan palsu ke talian 999 sebanyak 5000 kali. Hal ini berlaku kerana dia rasa kesunyian dan bersendirian di rumah. Oleh itu, dia mendail 999 supaya ada orang yang jadi teman bual dia sepanjang hari. Dia telah pun menukar no telefon beberapa kali.Namun sepandai mana tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dia telah dinasihatkan oleh pihak atasan agar tidak mengulangi perbuatan ini.

Pada pandanganku, tak perlu kita melakukan sesuatu yang menyusahkan diri kita sendiri. Lebih teruk lagi, ia akan menyusahkan pihak lain.Tak ada masalah, buat apa nak cari masalah. Banyak lagi kerja berfaedah yang boleh dibuat. Banyak lagi orang yang mahu menggunakan talian 999 untuk kecemasan. Sematkan di dalam hati, fikir dulu sebelum buat dan jangan kerana perbuatan kita, orang lain yang merana.

0 comments: