Thursday, January 1, 2009

Welcome 2009, Goodbye 2008 :)

Berakhirnya tahun 2008 dengan seribu satu penceritaan. Hari demi hari..bulan silih berganti..kini tiba di tahun baru. Ku lalui hari-hari lampau dengan kegembiraan dan adakalanya tangisan. Bila aku mengimbas kembali segala peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2008, ia amat bermakna. Sekalipun aku telah kehilangan seorang sahabat di awal tahun 2008, ia membuatkan aku lebih tenang. Padaku dia telah terkubur dalam memori usang. Terima kasih kerana telah membuatkan aku gembira walaupun hanya untuk seketika. Pengalaman dan kenangan yang aku perolehi tidak dapat dibeli kerana ia sungguh berharga. Ku tutup diari lama, lalu ku buka diari baru "Biru Hatiku".

Tak lengkap rasanya jika tahun baru ini tidak disambut dengan azam. Mulakan tahun baru dengan penuh keceriaan dan lonjakan semangat. Apa yang telah berlalu usah dikenang lagi. Tak mungkin kita bisa kembali ke waktu dulu. Selagi kita masih bernafas, hidup mesti diteruskan. Liku-liku dan onak duri kehidupan sentiasa menuntut kita agar lebih kuat dan tabah untuk mengharunginya. Sepahit manapun kebenaran, terpaksa ditelan. Seandainya kita kelihatan tidak bermaya dan putus asa di awal perjalanan, mungkin kita tak mampu untuk ke mercu kegemilangan. Ku harap lembaran 2009 akan memancarkan sinar kebahagiaan kepada diri, agama, nusa, dan bangsa.

Rangkaian azam;

a) Belajar dengan lebih tekun lagi.
b) Bijak mengurus kewangan.
c) Menambahkan berat badan.hehe..tak nak la jadi seperti tiang elektrik lagi.hahahah..
d) Memperluaskan minda dengan membaca lebih banyak bahan-bahan bacaan. :)

Apa yang tidak diinginkan berlaku pada tahun 2009;
-Peperangan dan perbalahan kaum


Ucapan Selamat Tahun Baru kepada semua. Moga tahun baru ini lebih ceria dari tahun-tahun terdahulu. :D

0 comments: