Thursday, January 29, 2009

Penat ke buat baik ?

Aku tak kesah untuk berbuat baik pada orang. Tapi aku tetap berpegang pada pepatah " buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Jangan disalah tafsir pula, buat jahat jangan sekali bukan bermaksud kita perlu buat jahat lebih dari sekali. Seharusnya, usah ada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Pada cuti yang lepas, aku telah bertanya kepada emakku " Mak , penat tak buat baik pada orang?". Lalu emakku menjawab " Penat andai orang tak hargai ". Aku pun berfikiran sebegitu. Tak pernah terdetik di hati ini untuk mengharapkan sebarang balasan. Aku ikhlas dalam melakukan segala kebaikan. Buat baik ini bukanlah sesuatu yang menyusahkan, malahan aku rasa bahagia andai orang yang aku bantu itu gembira.

Ingin aku ceritakan di sini bahawa ada satu waktu dulu, aku dan pak cikku telah ternampak seorang warga tua ingin melintas jalan. Kami segera memberhentikan kayuhan dan meletakkan basikal di bahu jalan. Kami membantu warga emas itu melintas ke seberang jalan. Selepas itu, kami pun beredar untuk pulang. Tapi alangkah terkejutnya kami apabila dia seakan nak marah pula. Dah la tak cakap terima kasih. Nak marah orang tak tentu hala. Kami buat tak tahu je walaupun ada sikit rasa geram dalam hati.

0 comments: