Saturday, January 17, 2009

Membantu sesama insan.



Pada pukul 8 pagi tadi, aku,Mizah, dan Yan telah bersama dengan ahli Emergency Relief Team pergi ke Kampung Tanjung Lumpur.Sayangnya Izzah tiada bersama. Jika dia ada, mesti lebih meriah.heheh.Kami telah membersihkan rumah penduduk yang dilanda banjir tempoh hari. Ini merupakan pengalaman baru bagi aku. Secara tak langsung aku dapat menyelami perasaan warga kampung itu. Apa yang menyayat hati ialah rumah pertama yang kami bersihkan itu seakan usang. Ada seorang abang tu berkata "Walaupun sudah 51 tahun merdeka, tapi rumah mereka tetap begini". Tapi apa yang membuatkan aku kagum ialah di persekitaran rumah mereka ada tumbuh-tumbuhan yang jarang aku nampak.











Menurut mak cik yang menghuni rumah ini, anak pokok ubi ini asalnya dari Kelantan.














Ini adalah perigi peninggalan Jepun.Ia terletak di belakang rumah pertama yang kami lawati.

Kami telah membersihkan 2 buah rumah dan surau.Kira-kira pada pukul 11.30 pagi, kerja-kerja pembersihan selesai. Kami telah dipelawa untuk menghilangkan dahaga di sebuah warung di mana ia berhadapan pantai. Tiupan angin seakan menyejukkan cuaca yang ku kira agak hangat.
Setelah tekak di basahi air milo ais, aku bersama Mizah,Yan,Fad,Ain,Lili, dan Saod berjalan kaki menuju ke pantai. Deruan ombak menggamit pendengaran. Aku berdiri di hadapan pantai. Pantai ini terbentang luas. Aku mendepakan tangan dan terasa angin begitu kencang seakan mahu melayangkan aku ke udara. Sungguh kerdil diri ini. Apa yang terlintas di benakku ialah ciptaan Allah terlalu indah.Tapi apa yang aku kesali ialah nikmat pemberian Allah ini tidak dijaga sebaiknya.Sampah sarap ada di merata-rata tempat.Abang Fariz berkata bahawa selepas banjir hari tu, sebanyak 10 lori telah dimuatkan dengan sampah-sarap ini.Seperkara lagi, air pantai ini berwarna hitam. Kotor. Ku terlihat ada seorang pak cik sedang mencari-cari siput di persisiran pantai itu. Baru sikit hasil yang dia perolehi.
Aku mematahkan ranting yang terdampar di pasir lalu menulis..






















Mizah yang tulis.. :)

2 comments:

izzahismail said...

jeles! kte nak pegi jgak!

melodi hati said...

Haha..Ok.Nanti kita pergi sama2.Tak nak la ada pula yang nangis sebab tak pergi.heheh :P