Thursday, January 1, 2009

Apa khabar desa..

Sudah hampir 2 minggu aku memulakan sem baru.Pada minggu pertama, aku rasa sedikit boring dan bila teman rapatku pulang untuk bercuti, sunyi yang ku alami. Tak ku duga , air mata mengalir deras lantaran kesunyian. Rasa puas bila dapat menangis.Terluah segalanya. Apa khabar tanamanku? Sepanjang cuti yang lepas, aku telah berbudi pada tanah. Aku menanam bawang, terung, kacang kelisa, sayur kailan, lada cili, nenas, ubi kayu, dan tebu hitam. Owh..bila bercerita tentang tebu hitam, ia sebenarnya amat bagus untuk kesihatan. Ia perlu direbus dan diminum airnya untuk menghilangkan demam. Mungkin pokok-pokok yang aku tanam itu telah membesar dengan subur..Seronoknya !!

Apa khabar kucing-kucingku? Hurm..Dengan adanya kucing-kucing di rumah, ia seakan memecahkan kesunyian. Rasa gembira melihat kucing-kucing ini riang bermain dan saling berkejaran ke sana sini. Nama kucing-kucingku sangat pelik.heheh..

1) Kanibal- Kucingku ini asyik terperap di dalam rumah je.Tak berminat untuk keluar jalan-jalan.
2) Buntal-Kucing ini cuma pulang ke rumah setibanya waktu makan.Sampai sekarang aku tak tahu di mana lokasi Buntal untuk beristirehat. Ku rasakan Buntal tak selesa tinggal di rumah kerana Kanibal suka membulinya.
3) Kontot- Nama ini diberi kerana ekornya agak pendek.hee..Bila aku ingin mendampinginya, ia seakan takut dan lari. Mungkin kerna aku pernah memarahinya dahulu.
4) Panjang-Berbulu putih dan kuning serta berbadan besar.
5) Degil-Kucing ini suka bermain dengan bawang merah.
6) Rabun-Penglihatannya tidak berapa baik.Mungkin aku patut membelikan kaca mata untuk Rabun. =p
7) Putih-Kucing ini adalah adik kepada Rabun. Sekarang ini badannya semakin kurus kerana jatuh sakit.Ayahku telah membawa kucing ini ke Klinik Haiwan. Kesian Putih. Ku doakan moga Putih cepat sihat dan kembali ceria.

0 comments: