Thursday, January 29, 2009

Aku tetap aku.


Aku dapat idea untuk menulis tentang diriku setelah membaca satu post di blog Izzah.hehe.

1. Selepas masuk matrik UIA, aku beralih dari seorang yang pendiam kepada seorang yang lebih banyak cakap. Tapi dari apa yang teman rapatku katakan sekarang aku agak pendiam dan tak peramah seperti dulu. Hmm..Mungkin kenangan lampau yang jadikan aku sebegini. Masih ada sekelumit peristiwa yang masih tak dapat aku lupakan.

2. Aku beminat dengan pementasan teater. Kali pertama aku tengok teater yang bertajuk " El Cafetalero " di UIA Gombak. Persembahan yang mantap dan menarik. Aku ingin sekali menonton Puteri Gunung Ledang the musical,tapi jarak yang jauh menghalang keinginanku.

3. Aku amat suka bercucuk tanam. Seronok tengok pokok yang menghijau.

4. Aku ingin belajar bermain gitar sehingga aku benar-benar mahir. Aku telah cuba mengikut cara-cara bermain gitar melalui buku tapi tak berjaya. Belajar melalui teori sahaja kurang berkesan, ia mestilah diadun bersama latihan.

5. Aku minat membaca novel, surat khabar,komik dan semua jenis buku. Tapi tak suka baca kisah hantu dan imaginasi. Sekarang, aku dapat rasakan seperti tak sempurna hari-hari yang aku lalui andai aku tak beli surat khabar . Aku cuba sedaya upaya pergi ke KOM pada pkl 9 pagi semata-mata untuk membeli surat khabar. hee..

6. Aku sukar meluahkan apa yang aku rasa pada orang. Nak kata aku sayang pada orang pun susah. Lidah seakan kelu untuk berkata. Tapi aku zahirkan rasa sayangku pada perbuatan.

7. Kadang-kadang aku ni lurus orangnya. Selalu juga tertipu dengan Izzah dan Mizah. hahah. :p

8. Masa kecil hingga tingkatan 4, aku suka panjat pokok. Rasa lebih seronok bila dapat baca buku atas pokok. Nyaman je sambil dipukul dengan angin. Ada satu waktu itu, aku panjat pokok mangga. Pokok ini terletak bertentangan dengan Pejabat Pos. Lalu, aku terdengar ada orang berkata " Anak siapa tu? " Ayahku menjawab " Anak perempuan aku la ". Malunya bukan kepalang. Aku pun segera turun dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Heeeee.. :D

9. Aku suka membeli kereta dan motor mainan. Sekarang ni, aku ada 5 buah kereta mainan dan sebuah motor sport.

10. Aku berkawan dengan semua orang. Selagi orang tu tak buat jahat padaku, selagi itulah aku aku berkawan dengannya. Tak semua rahsia aku ceritakan pada kawan-kawan. Hanya orang yang rapat denganku sahaja aku berupaya untuk berkongsi rahsia dan cerita-cerita peribadi. Kepercayaan yang padu aku sandarkan pada mereka.Terima kasih Izzah dan Mizah kerna menjadi temanku. :)

11. Aku berfikiran terbuka. Aku sedia menerima segala nasihat dan teguran orang.

12. Aku meminati bidang yang berkaitan dengan kewangan. Contohnya prinsip perakaunan, perbankkan, dan pasaran saham.

13. Aku ni sensitif juga. Lebih-lebih lagi dengan orang yang rapat denganku. Mudah je nak kecil hati. Tapi jika asyik nak kecil hati je, tak ada kesudahannya. Buat letih je. Jadi, buat biasa-biasa sudah.

14. Paling aku suka ???
Makanan : tom yam daging, mee sup yang aku masak sendiri
Minuman : air teh O ais
Buah-buahan : Durian Belanda, Buah Delima,Apple.
Warna : Biru, Ungu, Hitam
Corak : Batik
Lukisan : Potret, Landskap
Movie : Titanic, Cinderella Story
Muzik : Balada, Akustik, Tango
Radio : Suria FM, Fly FM
Bahan bacaan : Al-Quran, Novel Melayu, Novel Inggeris
Kartunis : Lat, Bill Watterson
Penulis buku : Usman Awang, Darma Mohammad, Natasha Hudson, Adam Mattews

16. Tak suka orang yang;
Tak menepati janji, talam dua muka, suka memaksa, sombong.


17. Dalam pencarian ;
1. Novel Titanic
2. Jejaka tampan.hahahaha.. Bila nak jumpa eh??? hehe



Aku tetap diriku.Walau badai dan taufan melanda, aku tetap teguh berdiri. Hanya ajal yang bisa memisahkan semangat yang ada di jiwa.

0 comments: