Esok aku akan pulang bercuti ke rumah..Selepas penat berhempas pulas menjawab exam,tibalah masa untuk bercuti..Ku kira cuti ini agak lama..lebih kurang 5 minggu..Fuh..tak tahu la nak buat apa kat rumah..Makku tak sabar untuk menanti kepulanganku..semestinya untuk membuat kerja rumah..hahah..Masa cuti ni lah aku ingin berehat sepuasnya..menonton tv,memasak,berkebun,jalan-jalan,bermain gitar,membaca novel dan bemesra bersama keluarga..
ku pasti merindui basikal kesayanganku..Pulang dari cuti nanti,aku akan segera menghantar basikalku ke kedai basikal untuk menerima rawatan..Tayar basikalku agak berangain pada masa tu..Tapi kerana ideaku yang 'bernas'..aku telah membuang semua angin dalam tayar basikalku..aku ni seperti tikus yang cuba membaiki labu..makin merosakkannya..
Cuti ini,aku pasti merindui teman-temanku..:) Tak lupa juga,aku rindu untuk wifi...hahaha..
happy holiday !!!!
Tuesday, November 11, 2008
Cintaku..
Cinta merupakan suatu perasaan halus yang menembusi hati manusia. Tanpa cinta,hidup ini tidak bermakna. Cinta memerlukan kejujuran,hormat-menghormati,kesetiaan,kasih sayang,saling memahami,ikhlas dan bukan atas paksaan.Cinta bukan hanya dipegang pada janji kasih..Janji manusia tidak akan pasti..Seolah-olah kita berjanji sambil menggengam pasir..Bila tangan terbuka,terlerai butiran pasir itu satu persatu..Walau kemana pun kita pergi,cinta itu tetap ada.. Cinta tak akan hilang..Bila insan yang kita cinta telah pergi buat selamanya,sebenarnya dia tetap hidup dalam hati..tak pernah terpadam memori
bahagia yang telah kita cipta bersamanya.. :)
bahagia yang telah kita cipta bersamanya.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
