Tuesday, October 28, 2008
Terfikir sejenak...hee..
Sedang aku menunggu abang technician datang untuk membuka mangga lockerku yang tak boleh dibuka daripada semalam walaupun dengan adanya kunci...hurmm..Terfikir sejenak...Aku ni sanggup bekorban untuk orang.. Untuk ringgit-ringgit terakhir,aku membelikan makanan kepada rakanku..Dia kurang sihat.. Terngiang-ngiang pesanan ibuku..Jika orang tak sihat atau memerlukan pertolongan,cubalah untuk ceriakan mereka..hari ini hari dia,mana la tahu hari esok kita pula yang tak sihat atau memerlukan pertolongan orang lain.Apa yang pasti,dalam hidup ini kita tak boleh hidup bersendirian.. Dengan adanya ibubapa,teman taulan,dan insan lain,..Kita akan dapat rasa manisnya hari-hari yang kita lalui..Tak dinafikan,kadang-kadang wujud juga perselisihan ..Biasa la tu.. Lidah lagikan tergigit,inikan pula sesama insan.Kita tak dapat lari dari lumrah kehidupan.. manis,masam,dan pahit itulah rasa kehidupan... :)
Sunday, October 26, 2008
Habis madu sepah dibuang..
Ragam manusia ni terlalu pelik. Bila dalam keadaan terpaksa, ada saja pujuk dan rayu mereka untuk membuatkan kita memenuhi segala kemahuan mereka. Tapi bila mereka sudah mendapat apa yang diharapkan, mereka mencampakkan kita ke mana-mana sahaja yang mereka suka..Bak kata ex-rumate ku,habis madu sepah dibuang. Tapi apa yang ingin aku tekankan di sini,tak semua kemahuan orang kita patut turuti..Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali..
Sunday, October 19, 2008
ke bilik seorang sahabat..
Semalam,aku berkunjung ke bilik sahabatku kerna aku rasa terlalu merindui dia.Aku menyematkan apa yang dia katakan di dalam minda dan aku harap ia tak akan luput.Sekalipun kita tak ada mood..atau kita rasa nak marah sangat,menjaga perasaan orang tu lebih penting.. Dengan wajah yang serius dia mengatakan jangan kita memainkan perasaan orang..tak baik.. Atukku pun pernah berkata bahawa orang sanggup habiskan duit atau buat apa sahaja bila hati mereka terluka.So,kita mestilah menjaga setiap perbuatan dan percakapan kita terhadap orang.
Sahabatku berkata bahawa tanpa aku sedari, banyak kali juga aku membuat dia terasa hati..
Perkara yang paling dia ingat ialah semasa dia menyoalku dengan baik,tapi aku menjawap seakan mahu menengking.. Sebelum ni,tak pernah lagi orang buat sebegitu kepadanya.Aku dapat rasakan air mataku seakan mahu mengalir,tapi aku cuba control.
Aku bertanya kepada dia "kenapa awak hanya marah pada kita je?" Lalu dia berkata "awak pernah nampak tak kita marah orang lain?? Aku menjawap "tak" Dia berkata lagi "kita marah kat awak sebab pemikiran awak tu lain"
Benar juaga apa yang dia kata. Pemikiranku pelik. Dengan segala nasihat dan tunjuk ajar dari dia dan teman-teman lain,akan ku perbetulkan pemikiranku.. ")

Zaman kanak-kanak..
Andai diberi peluang untuk kembali ke zaman kanak-kanak, aku tidak akan mahu untuk kembali ke zaman ini..Aku pernah dipukul dengan hanger,rotan,penyapu, tali pinggang, dan salur getah,di tampar,dicubit dan dikenakan hukuman tidur di luar rumah. Mungkin pada saat itu, aku tidak mengerti kenapa emak asyik memukulku.. Tapi kini aku makin dewasa.. Setiap pukulan emak itu rupanya membawa makna yang cukup besar terhadapku.. Emaklah yang kerap memukul aku dan adikku.. Berbeza pula dengan ayahku.. Hanya dengan sekali pukulan,aku tak bisa lupa sampai mati.
Masa di sekolah tadika dahulu, cakar ayam lebih cantik dari tulisanku.. Setiap kali pulang dari sekolah,emak akan memeriksa semua buku-buku sama ada aku ni belajar atau main sahaja di sekolah. Aku rasa takut bila emak mula memeriksa bukuku.. Aku hanya duduk disisi emak sambil memerhatikan perlakuan emak.. Tiba-tiba, emak mengambil penyapu lidi. Lalu memukulku di sudut bilik tamu berdekatan dengan TV hanya kerna tulisanku. Alhamdulillah.Kini tulisanku,nampak lebih comel daripada dahulu. Hehe..
Teringat pula cerita ini.. Aku berlari menyembunyikan diri di belakang rumah setelah aku nampak abahku menggenggam kemas sebatang rotan di tangannya. Debaran jantungku kerna ketakutan tidak dapat dibayangkan. Terkejut aku bukan kepalang, bila abahku sudah berdiri tegap dengan muka kemarahan di depan mataku. Aku berkata “ abah,janganlah pukul kita.Kita tak buat lagi cam ni”.Teresak-esak aku menangis.Tanpa mempedulikan tangisanku,abah telah merotan di belakang badanku beberapa kali. Selepas abah beredar,aku melihat kesan calar dari pukulan itu tadi.Terharu aku seketika bila abah membawa minyak gamat untuk diletakkan di tempat yang terluka itu. Abah berkata “lain kali jangan buat lagi.”
Kisah ini pula memberi pengajaran kepadaku.. Pada pukul 9 malam jiran sebelah telah datang berkunjung ke rumahku. Di sudut bilik ini,ada tilam yang ada spring. Atuk,emak dan jiranku rancak berbual.Lalu aku pun menuju ke arah tilam dan melompat-lompat keriangan.Aku kurang faham akan jelingan emak.Bila jiranku berangkat pulang ke rumahnya,emak mengambil hanger lalu memukulku. Emak seakan tidak mahu berhenti memukulku. Alhamdulillah.Atuk telah meminta agar emakku tidak memukul aku lagi. Mak berkata “Biar dia rasakan.Biar dia menangis sekarang. Kalau tidak dipukul, masa dewasa nanti tidak akan hormat bila tetamu datang.”
Umurku pun semakin bertambah.Emak dan abah mula meniti ke usia tua.Kata orang bila dah makin tua,kita akan kurang marah..Jika ada kesilapan yang aku lakukan pada saat ini,emak hanya memarahiku dan mencubitku.. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada abah dan emak.Jika bukan kerana pukulan,aku tidak bisa berada pada tahap ini.

Memahami..
Terkadang ada orang berkata bahawa aku tidak memahami dia. Sedangkan pada hakikatnya,aku telah cuba sedaya upaya untuk memahami dirinya.. Tapi adakah dia memahami diriku?? Bila difikirkan semula, ada juga perbuatan atau pengucapan orang disekeliling yang membuatkan aku marah atau terasa hati. Semua itu ku sorokkan dalam lubuk jiwa.Biar hanya aku yang memendam rasa.Aku sanggup mengorbankan diriku demi menjaga hati orang.
Cukuplah sekali..
Mengungkap kata sorry atau maaf,
Telingaku sudah tak bisa lagi untuk mendengar ungkapan itu berulang-ulang kali,
Padaku ia tidak membawa sebarang makna lagi,
Sorry...maaf...sorry...maaf..
Aku sudah cukup letih
Menanti ucapan maafku dibalas,
Cukuplah sekali..
Kalian berkata sorry kepadaku..
Aku tidak mahu kalian menjadi sepertiku,
Setiap kali sebelum melelapkan mata,
aku memaafkan segala kesalahan kalian,
dengan sepenuh keikhlasan jiwa.

Friday, October 17, 2008
Putusnya persahabatan
Di pesta buku itulah persahabatan kami bemula,
bulan Mei 2007,
walaupun kami baru je kenal,
tapi cepat benar kami serasi,
setiap hari ada sahaja cerita yang akan kami kongsikan bersama,
tapi sayangnya,
persahabatan ini hanya bertahan selama 6 bulan sahaja,
aku pun tidak mengerti apa punca pertelingkahan kami,
tak terbilang sudah berapa kali aku meminta maaf daripadanya,
tapi seolah-olah tidak berkesan,
terserahlah,
sekurang-kurangnya aku sudah meminta maaf,
terpulang pada dia untuk memafkan ke tidak..
masih ku simpan rapi hadiah yang ingin ku berikan pada dia,
masa 3 Oktober 2007 dulu,
beserta kad ucapan yang masih tiada tulisan,
sedih rasa bila hadiah yang ingin diberikan ditolak begitu sahaja,
tanpa alasan yang kukuh,
terperosok hadiah itu dalam almariku.
Tak mengapalah dia tidak menerima hadiahku,
mungin dia ada alasan sendiri,
aku tak suka memaksa,
sejak itu,
dia terus menyepikan diri,
seolah-olah menjauhkan diri daripadaku,
aku bertanya kenapa..
tapi tiada balasan..
Dengan seikhlas hati,
aku pergi berjumpa sendiri dengannya;
bertanyakan apa sebenarnya yang terjadi,
tapi selama setengah jam aku duduk di bilik dia,
diam..sepi..tanpa sepatah kata..
Pada tanggal 1 Januari 2008,
akhirnya persahabatan kami tidak dapat diselamatkan lagi,
Keegoaan dan hati dia sukar untuk ku lembutkan,
walaupun persahabatn ini terlalu singkat,
namun banyak penajaran dan pengalaman yang aku perolehi,
mungkin dia ada cara dia sendiri,
dan haluan kami jauh berbeza,
Cuma satu,
mujurlah dia tidak berada di tempat aku belajar ini,
kini segalanya tinggal memori,
terima kasih kerna melukakan hatiku..

Thursday, October 9, 2008
Melakar Impian
Seorang gadis kampung,
mengorak langkah ke kota,
cuba memarakkan api cita-cita,
membawa harapan ibubapa,
walau harta cuma sekangkang kera,
namun semangat seluas tujuh lautan di dunia.
Gadis itu,
menghimpun segenap kekuatan,
menjadikan Al-Quran sebagai pegangan,
kepada Allah jualah,
tempat meluahkan pengharapan,
dengan doa ketabahan bila dilanda ujian,
siang dan malam saling bertukaran,
berlari mengejar ilmu,
yang tak bisa ke habisan,
jika dahulu hanya seputih kanvas dilakarkan,
kali ini,
warna-warni pelangi diserikan.
Gadis muda,
perginya dulu menggalas impian,
kembalinya bersama bintang kejayaan,
segulung ijazah dipersembahkan,
untuk tatapan ayah dan ibu,
tersenyum bangga,
seolah hilang urat-urat tua di muka,
air mata kegembiraan gugur berkilauan,
peluh rezeki umpama madu,
tak sia-sia panas dan hujan menempelak diri,
kerna anaknya kini menjawat jawatan tinggi,
tanpa diri dilupa,
menjunjung kasih ayah dan ibu tercinta,
tangan ditadah,
sambil bibir tak henti mengucap Alhamdulillah.
Wajah gadis itu,
penuh kepuasan,
jauh sekali untuk dimegah-megah,
dia berkata "Biar kita meminta-minta ilmu,
usah kita meminta simpati,
takut menghinakan diri sendiri".

Pilihan Hati
Pada ptg semalam,sy terbaca satu nukilan dari http://memorabilia-izyan.blogspot.com/. Mn satu pilihan hati. Oleh kerana nukilan ini telah membuatkan hati saya tersentuh hgga ke akar umbi,saya mengabadikan nukilan ini di blog saya. Trm ksh kpd penulis dan kpd pnulis blog,Izyan.
Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. .Adakah ia suatu diskriminasi?“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..Bukan luar biasaTentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”Redha“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)