Tuesday, July 29, 2008

Asyiknya cinta..


Ku dengar,

alunan piano,

gesekan biola,

petikan gitar,

seakan bergandingan seirama,

mengubah lagu,

dari bahasa cinta kita.


Di bawah bulan purnama,

kedinginan malam berhembus tenang,

bercahayakan nian,

lelaki itu,

menghulur sekuntum mawar merah,

ku tenung keikhlasan matanya,

ku sambut mawar itu,

lalu ku pacakkan di lubuk jiwa.


Lelaki itu,

menyusun bicara,

bermadah pujangga,

menyatakan cinta,

ku balas dengan senyuman

beserta debaran di dada,

suara hati menjelma,

aku juga mencintaimu,

wahai pelamar cinta..


Teristimewa buatmu;

Mr. Z :)

hipokrit ke??

Benarkah aku ni sekadar berpura-pura dalam mempamerkan perwatakanku di hadapan orang???
kadang-kadang terlintas tanggapan itu di benakku..Contohnya,jika aku tak suka akan seseorang itu,aku hanya berkata tak suka dalam hati..tapi di hadapanku aku layan je dia..hurm2.Bagaimana ya? Aku berbuat sedemikian dengan harapan tiada insan yang akan berkecil hati denganku..Seperkara lagi,apabila ada saja perlakuan orang yang membuatkan aku terasa nak marah,akan ku cuba sedaya upaya menahan marah itu..Tapi dalam hati,hanya Allah yang tahu betapa meledakknya kemarahanku..namun aku sentiasa ingat akan pesan ayahku bahawa jangan di ikutkan rasa marah itu,kelak binasa diri..tapi sampai bila nak sabar!! Sabar itu ada tahap-tahapnya..Persoalan yang ingin ku timbulkan pada catatan ini ialah tidak adil rasanya jika kita sahaja yang kena jaga hati orang,tapi mereka buat tak tahu je..Suruh orang fahami kta,tapi kita sendiri yang tak cuba fahami orang lain..Manusia oh manusia.. pelbagai ragam kau tarikan di atas pentas lakonan dunia..Sekarang ini seluruh gumpalan perasaanku telah sebati dalam jiwa..Jika suatu hari nanti ia meletus,aku tidak dapat gambarkan di sini bagaimana reaksi orang di sekelilingku :) Orang yang pendiam ini di ibaratkan laut yang tenang tu jangan disangka tidak akan bergelora..Sekali ia bergelora,habis punah segala yang ada di sisinya.. Apa-apapun jangan terlampau menurut kata hati,, berfikirlah dengan waras sebelum bertindak.Ok!

Tuesday, July 22, 2008

Sukarnya meluahkan apa yang di rasa....

Benarkah orang yang lahir dalam bulan Januari terlalu sukar untuk meluahkan apa yang di rasa????Kadang-kadang persoalan ini ada benarnya..Aku si gadis kelahiran Januari,,memang amat2 sukar untuk ku luahkan perasaan..Ia seakan terkunci dengan rapat dalam kotak hati ini..Bagaimana untukku lepaskan perasaan???Aku tidak tahu..Bila aku cuba untuk mengucapkan perasaan secara lisan ,kelu lidahku untuk bersuara.. Keinginanku untuk meluahkan yang tersirat dalam lubuk kepayahan ..

Hargai pada yang pasti..

Usahlah kita hanya melihat apa yang ada di seberang,tapi yang di hadapan mata kita buat tak endah sahaja...Terkadang perassan sayang akan membuatan kita buta dari melihat apa yang jelas terpampang depan mata..Hargailah orang yang sentiasa bersama dengan kita..kerna mereka lebih berharga..Untuk apa lagi kita hargai orang yang tak sudi?Kehilangan seorang sahabat pada suatu waktu dulu,kini ada penggantinya..sebenarnya dia berada dekat denganku,tapi aku yang tak cuba mengenali dia..aku terlalu sibuk mengejar yang tak pasti..kesilapanku!!! Dia seorang sahabat yang baik..walaupun dia suka memarahariku sebab pemikiranku yang agak pelik,tapi aku suka dengan apa yang dia buat..aku sangat menghargai kehadiran dia dalam arena persahabatan ini.. :)

Monday, July 21, 2008

Cetusan nasihat dari seorang sahabat :)

-Jangan tinggal solat.
-Rajin baca Al-Quran
-kenal siapa kawan dan lawan yang sebenar.
-Jika kita tak suka perbuatan seseorang tu pada kita,jangan lakukan perkara yang sama pada orang lain.
-Jangan kecilkan hati orang!
-Bila orang tanya sesuatu perkara dengan baik,jangan kita balas dengan menengking atau memarahi dia.
-Jangan cari sakit kalau tak sakit.
-Jangan nakal-nakal.

-Jangan jadi orang yang keras kepala.
-Dengar nasihat orang.
-Mind come first before heart.
-Jangan fikir perkara yang remeh-temeh.
-Jangan terlalu baik dengan orang.
-Buka pemikiran seluas-luasnya.
-Cuba kenali sahabat lain dan tidak tertumpu kepada seorang sahaja.
-Jangan pendam masalah dalam hati.
-Jangan jadi keras kepala.
-Banyak membaca supaya lebih tahu tentang apa sebenarnya punca pada permasalahan di dunia pada hari ini.
-Hargai orang sekeliling.
-Jangan berharap terlalu tinggi.
-Terkadang apa yang kita rasa kena diluahkan dengan perkataan,bukan sekadar menyimpan perasaan itu dalam hati sahaja.
-Cuba berjalan seperti seorang perempuan.hahaha :)

Sunday, July 20, 2008

Jason Mraz

I'm Yours



Well you DAWNED ON me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
And now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love, love, love.
Listen to the moment, baby sing with me.
All our peaceful melody.
It's your God-forsaken right to be loved love loved love love

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a face and I laughed
I guess what I be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanitys and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm yours
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
I like one big family (2nd time: I like happy family)
It's our God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more
Oh no more no more no more
It's your God-forsaken right to be loved, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours, I'm yours

Sunday, July 13, 2008

Penulisan..

Impianku tidak sekecil tubuhku..Ketika singgah di KL Central suatu ketika dulu,aku telah menuju ke kedai buku..Lalu aku terlihat sebuah buku yang berjudul "Biarkanku Aku Terbang" karya Norehan Mohammad..Sebab nama penulis itu sama dengan namaku, aku telah membeli buku itu..Pada masa itu juga,satu azam yang kuat telah bertapak kukuh di hati ini,aku ingin menjadi seorang penulis terkenal suatu hari nanti..Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa yang tahu..Mana tahu di masa depan,namaku bakal dikenali ramai hanya kerana penulisan yang hebat..

Tidak semudah..

Tidak semudah,
Ucapan maaf itu dibalas,
setelah hati pernah kau luka..

Tidak semudah,
untuk kembali terjalin ikatan,
bila titik pertemuan tak ingin bertemu..

Tidak semudah,
meluputkan memori lama,
kerna ia ciptaan indah kita berdua,

Tidak semudah,
melepaskan kau pergi,
menghilang dalam suasana sepi..

Percaturan dalam mengejar impian..

Aku mengambil keputusan untuk tidak mengambl kelas Sains Tulen ketika di Form 4...Subject Sains yang hanya aku ambil ialah Fizik dan Kimia...Aku amat tertarik dengan subject Prinsip AKaun..Cikgu Kassim ialah guru akaun yang paling arif di sekolahku...Aku amat meminati subject ini kerana ia melibatkan pengiraaan dan semestinya berkaitan dengan wang..Ketika di Centre For Foundation Studies IIUM,aku telah mengambil jurusan Physical Science..Aku mengambil kos ini hanya kerana minatku pada Mathematics..Keinginan pertamaku adalah untuk meneruskan pengajian dalam bidang akaun..Tapi ibubapaku tidak menggalakkanku untuk pergi jauh dalam bidang ini kerana bimbang tidak dapat menembusi pasaran kerja pada masa akan datang..Teringat pada pesanan Cikgu Kassim yang mengatakan perlu mendapatkan pengiktirafan dalam ACCA jika mahu menjadi akauntan yang lebih maju..Kadang-kadang aku jadi keliru,apakah hala tuju aku sebenarnya..Sekarang ini aku dah memasuki IIUM Kuantan Campus..Aku adalah pelajar CTS (Computational and Theoretical Science).Aku merancang untuk mengambil 2 concentration (Financial and Statistics)..Ada dua minor ditawarkan iaitu Education or Business ..Semasa aku minta pengesahan dokument dari Cikgu Omar,aku sempat bertanya "apakah pilihan terbaik pada masa kini samada mahu mengambil Education atau business? Beliau berkata 'Dari pandangan peribadi saya sebab awak ni perempuan,saya cadangkan lebih elok jika awak ambil Education.Tapi badan awak ni kecil,suara pun tak terlalu kuat..Nanti kena buli pula dengan students.."Hahahaha..Minatku tidak begitu mendalam dalam bidang Education ini..Tapi ibubapaku amat menggalakkanku untuk jadi Cikgu..sebab banyak cuti..Kemana akan ku langkahkan kakiku ini??Setapak aku melangkah ke depan,tidak mustahilkah aku tidak akan berpatah balik???Aku mesti Fikir masak-masak sebelum mengambil sebarang keputusan..

Thursday, July 10, 2008

Cinta dalam diam..

Setiap kali dia melintas di hadapan pandangan mataku, hatiku berdebar kencang...Aku pernah menonton drama korea yang menyatakan seandainya jantung kita berdegup bila si dia berhampiran dengan kita, maka dialah cinta kita..Betulkah????Cuma aku tak akan meluahkan perasaan yang berbunga ini..Biarlah ku pendam dalam hati..AKu menyintai dia tapi sayangnya dia tidak akan mengetahui tentang itu..Cintaku bersemi dalam diam..

Kalian teristimewa...

Memiliki insan tersayang membuatkan hidup ini lebih bermakna..Umpama pokok yang berseri dengan kehadiran bunga walaupun sekuntum sahaja..ciritera nestapa dan ceria menghiasi kanvas bicara..Walaupun insan yang kita sayang hadir untuk seketika, tapi ia sudah cukup memadai berbanding tidak pernah wujud sama sekali..Hargailah insan2 tersayang ketika dia masih di sisi kita..Rugi rasanya jika kita baru cuba untuk menghargai mereka setelah kita tahu mereka sudah tiada..Atukku dan makku pernah berkata bahawa bila kita mula sayang pada seseorang,dia akan cepat pergi meninggalkan kita.Benarkah????? Untuk kalian yang teristimewa, ku melodikan persaudaraan kita dengan kasih dan mesra...

Wednesday, July 9, 2008

Perubahan???

Adakah diriku di saat ini sama seperti dulu?Oh no..barangkali ada sedikit perubahan yang terjadi pada diriku seiring dengan penitian ke zaman remaja yang berduri dan berliku..Tp aku still tidak dapat kawal sikap naik anginku..Jika situasi ini terjadi, jangan ada sesiapa yang menggangguku..Jika tidak,ia bertambah teruk..Aku lebih duka mendiamkan diri.. Aku segera mengambil wuduk dan membaca Al-Quran..The miracle of Al-Quran membuatkan hatiku yang berombak kencang itu, kembali reda.Seperkara lagi,aku tidak begitu mudah menerima nasihat..Sementelah aku masuk ke CFSIIUM, barulah timbul sedikit kesedaran bahawa jangan ditolak nasihat orang sepenuhnya..kadang-kadang ada nasihat yang benar2 tidak selari dengan pemikiranku..Walaupun nasihat itu betul pada dasarnya,entah mengapa hatiku cuba menolak sekeras-kerasnya.Dahsyatnya!! Bertubi-tubi nasihat menembusi telingaku..Padaku, selagi ada insan yang cuba memberi nasihat,bermakna masih ada yang sayang..Kerna aku menyayangi insan yang tidak pernah luntur memberikanku nasihat, aku berjanji akan berubah..

Thursday, July 3, 2008

Andai perpisahan yang kau pinta..

Kita berjumpa,
buat kali terakhir,
diam tanpa kata,
memandang pada riak muka,
yang menyimpan seribu tanda tanya,
lantas kau bersuara,
usahlah kita bertemu lagi,
kerna,
persefahaman kita sudah terhenti,
tidak mungkin tercipta bahagia,
andai bahasa zahir dan batin tidak senadi lagi..

andai perpisahan juga yang kau pinta,
ku turutkan sahaja,
walau hati payah menerima ,
akan pahitnya perpisahan yang tidak ku duga..

Tuesday, July 1, 2008

Terasa kesunyian..

Sudah 4 hari aku menjalani kehidupan baru di kampus..Hurm..Di saat keriangan melangkah ke kampus,terselit rasa sunyi di hati...Rindu pada rumate2 lama..Gelak dan tangis seakan menjadi bicara kami sebilik..Bila aku terasa boring,aku segera berkunjung ke bilik seorang teman baikku..barulah rasa sunyi tu hilang..Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang aku kongsi bersama,aku terasa kehilangan bila temanku tiada di sisi..Atas nasihat-nasihat yang dia berikan,aku mula berubah arah..Semua nasihat dia telah menyuntik satu rasa yang tak dapat ku gambarkan..banyak perkara baharu yang aku belajar daripada dia..terima kasih ku ucapkan..aku menyayangi persahabatan ini..aku akan cuba tidak melukakan hati temanku itu..Moga persahabatan ini berkekalan..Semakin aku menyusuri landasan persahabatan ini,.benarlah kata hatiku..sahabat,teman,kawan dan sahabat baik banyak perbezaannya andai kita dapat menilai dengan ketajaman pengalaman..jangan miudah menerima sahabat andai masing-masing belum memahami erti persahabatan sebenar!

Hilangkah seni novel Melayu???

Setelah aku puas membelek-belek novel yang di susun rapi di rak,ada sebuah novel yang menarik perhatianku..'Biarkan Aku Sendiri" karya Siti Rozilah..Lalu aku terus ke kaunter untuk membeli novel itu..hurm..Ada seorang wanita Melayu berdiri di sebelahku..Tiba-tiba Pemilik kedai itu bersuara dan bertanya kepada wanita Melayu berkurung biru tadi. " Awak tak baca ke novel Melayu"..Lantas wanita itu menjawab dengan penuh kesombongan "I don't read Malay novel..Aku melihat riak muka wanita itu ketika dia mengeluarkan pernyataan yang aku kira memalukan diri sendiri...Pemilik kedai itu hanya tergelak apabila wanita itu membalas pertanyaan dia tadi..Realitinya,orang Melayu sendiri yang menjatuhkan martabat bahasa Melayu..Hina sangatkah novel Melayu???Sasterawan dan sasterawati negara kita berhempas pulas untuk mengangkat bahasa Melayu di persada dunia,..namun ada insan yang lupa akan asal usul bahasa mereka..Janganlah dihina bahasa sendiri,takut nanti berlinang si air mata..!!!!!!