Sunday, October 19, 2008

ke bilik seorang sahabat..

Semalam,aku berkunjung ke bilik sahabatku kerna aku rasa terlalu merindui dia.Aku menyematkan apa yang dia katakan di dalam minda dan aku harap ia tak akan luput.Sekalipun kita tak ada mood..atau kita rasa nak marah sangat,menjaga perasaan orang tu lebih penting.. Dengan wajah yang serius dia mengatakan jangan kita memainkan perasaan orang..tak baik.. Atukku pun pernah berkata bahawa orang sanggup habiskan duit atau buat apa sahaja bila hati mereka terluka.So,kita mestilah menjaga setiap perbuatan dan percakapan kita terhadap orang.

Sahabatku berkata bahawa tanpa aku sedari, banyak kali juga aku membuat dia terasa hati..
Perkara yang paling dia ingat ialah semasa dia menyoalku dengan baik,tapi aku menjawap seakan mahu menengking.. Sebelum ni,tak pernah lagi orang buat sebegitu kepadanya.Aku dapat rasakan air mataku seakan mahu mengalir,tapi aku cuba control.

Aku bertanya kepada dia "kenapa awak hanya marah pada kita je?" Lalu dia berkata "awak pernah nampak tak kita marah orang lain?? Aku menjawap "tak" Dia berkata lagi "kita marah kat awak sebab pemikiran awak tu lain"

Benar juaga apa yang dia kata. Pemikiranku pelik. Dengan segala nasihat dan tunjuk ajar dari dia dan teman-teman lain,akan ku perbetulkan pemikiranku.. ")

0 comments: