Sunday, September 21, 2008

Setahun sekali je:)

Setahun sekali syawal datang lagi
Menyahut kembali
Setahun sekali sungguh tak terperi
Hari yang di nanti
Hingga tak terbilang saat pertemuan
Antara kita menjalin rasa
Nada-nada riang wajah-wajah tenang
Di hari raya
Kunjung-berkunjungan bersalam-salaman
Membina ikatan
Kita bersaudara di bumi yang sama
Tiada berbeza alih rasa

Setahun hanya sekali
Akan tiba akan pergi
Hari raya hari bahagia oh oh...
Setahun hanya sekali
Ia datang ia pergi
Namun kenangan di hari raya
Bersemi
Kaulah hati


Hari raya hanya datang sekali dalam setahun.Mana yang jauh,didekatkan.. Mana yang hilang,dipertemukan.. Rumah dihias indah,kuih muih dan juadah terhidang megah.. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan saudara dan teman taulan.Namun harus diingat bahawa dalam kita menyambut kedatangan Syawal,berjimat cermatlah dalam berbelanja.Belilah mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu.

Janganlah disalah tafsir bahawa hanya pada hari raya saja kita meminta kemaafan. Pada hari-hari lain,seandainya kita ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan, teruslah memohon maaf.Tak perlulah kita menunggu akan tibanya hari raya untuk melangsaikan semua kesilapan kita sesama insan lain.

Salam lebaran disampaikan dalam pelbagai cara. Selari dengan kecanggihan teknologi, ucapan selamat hari raya hanya diluahkan secara sms,.. Padaku, kad raya lebih bermakna kerana setiap apa yang kita tulis itu adalah asli.. Jari kita yang bergerak untuk mencoretkan segala kata hati kita..

Tak lengkap rasanya hari raya tanpa bermain bunga api dan mercun padi..hehe.. Pak cikku selalu berkata bahawa bermain bunga api dan mercun itu seperti membakar duit sendiri. Pada hari raya juga aku diperkenalkan dengan saudara yang sebelum ini tidak pernah aku ketahui kewujudannya.Emak kata jangan lupa pula akan saudara kita. Jika tidak,bila mereka bersentuh bahu dangan kita,..Kita tak tahu pun yang mereka itu mempunyai pertalian darah dengan kita..

Saat yang menggembirakan ketika dapat duit raya..haha..tapi terkadang aku rasa segan untuk menerima duit raya kerana umurku sudah 20 tahun.. Tapi rezeki tak usah ditolak,kerana sekali ditolak pasti sukar untuk ia hadir kembali..hahaha. Dari segi juadah,aku suka makan ketupat,ayam masak merah,Lodeh,rendang Tok,dan kari daging. Kuih apa yang paling aku suka?? Kuih tat la... kuih ini mudah dibuat,dan sedap dimakan. heheh..

Raya..Raya..Raya.. !!! Tak usah hari raya yang mulia ini ditangisi hanya kerana tidak mempunyai baju raya. Bersyukur kepada Allah kerana kita dipertemukan lagi denagn hari raya lagi.Alhamdulillah..

1 comments:

izzahismail said...

eha!
selamat hari raya!
duit raye kte jgn lupe.
ehehehe ;)