Saturday, September 20, 2008

Persahabatan

Kita mnjalinkan persahabatan secara percuma, tak berbayar. Ukhuwah yang kita bina itu atas dasar sayang menyayangi,hormat menghormati,jujur dan ikhlas.Barangkali kita berbangga kerana kita mempunyai ramai kenalan.. Tapi adakah mereka hanya bersama kita masa gembira dan dilimpahi dengan kekayaan? Dalam seribu kawan,mgkin hanya satu yang setia bersama tatkala kita dirundum masalah dan kesusahan. Kita tak boleh memaksa orang untuk menjadi kawan kita. Biarlah persahabatan yang dibina itu dari kerelaan hati. Kawan yang baik adalah kawan yang tak akan meninggalkan kita sendirian setelah mengetahui siapa diri kita sebenarnya.Mereka tak akan berubah walau siapa pun kita.Persahabatan tiada sempadannya.Bukan darjat,harta,warna kulit dan bangsa menjadi tali ukur dalam memilih kawan. Kita perlu berkawan dengan ramai orang agar kita dapat timba pengalaman dari kepelbagaian ragam yang diperlihatkan itu.

Padaku,..
Teman,sahabat,kawan dan kawan baik ada perbezaanya andai kita berjaya menemuinya. Seperkara lagi, walaupun kita tak pernah kata "saya sayang awak" pada kawan kita, namun hakikatnya kita menginterpretasikan sayang itu pada cara yang berbeza. Naluri kita sendiri dapat rasa yang orang tu sayang pada kita ke tidak.. Jika bukan dari lauhan kata,mungkin dari perbuatan pula.Bila kita sakit, kawan kita tu akan datang melawat,..Bila kita ada masalah, dia sudi mendengar dengan penuh minat..Bila kita meminta pertolongan,dia segera membantu..Persahabatn terlalu unik kan?

0 comments: