Wednesday, September 17, 2008

diari hatiku..

Kehadiran sebuah diari amat berharga dalam hidupku. Segala kenangan manis dan pahit ku coretkan di dalamnya.Diari tidak pernah jemu mendengar keluhan hatiku.Dia seakan kawan akrabku.. Terkadang,sedang asyik melayan perasaan menulis kesedihan, tak sedar air mata membasahi pipi. Tak semua rahsia boleh kita ceritakan kepada orang. Manusia blh mnjadi pndgr yang baik, namun jauh sekali untuk mnjadi penyimpan rahsia yang baik. Sesekali ku baca semula apa yang telah ku tulis sejak dulu, trsenyum ku sendiri.Pengalaman dan peristiwa membawa aku melihat dunia ini dangan lebih luas. Tak bermakna hidup ini, jika kita asyik bergembira sahaja.
Bimbang nanti kita terlupa akan adanya istilah kesedihan. Kita perlu berasa sedih agar kita tahu dunia yang kita pijak sekarang ini,bukan hanya tempat untuk berseronok sahaja.

0 comments: