Benarkah aku ni sekadar berpura-pura dalam mempamerkan perwatakanku di hadapan orang???
kadang-kadang terlintas tanggapan itu di benakku..Contohnya,jika aku tak suka akan seseorang itu,aku hanya berkata tak suka dalam hati..tapi di hadapanku aku layan je dia..hurm2.Bagaimana ya? Aku berbuat sedemikian dengan harapan tiada insan yang akan berkecil hati denganku..Seperkara lagi,apabila ada saja perlakuan orang yang membuatkan aku terasa nak marah,akan ku cuba sedaya upaya menahan marah itu..Tapi dalam hati,hanya Allah yang tahu betapa meledakknya kemarahanku..namun aku sentiasa ingat akan pesan ayahku bahawa jangan di ikutkan rasa marah itu,kelak binasa diri..tapi sampai bila nak sabar!! Sabar itu ada tahap-tahapnya..Persoalan yang ingin ku timbulkan pada catatan ini ialah tidak adil rasanya jika kita sahaja yang kena jaga hati orang,tapi mereka buat tak tahu je..Suruh orang fahami kta,tapi kita sendiri yang tak cuba fahami orang lain..Manusia oh manusia.. pelbagai ragam kau tarikan di atas pentas lakonan dunia..Sekarang ini seluruh gumpalan perasaanku telah sebati dalam jiwa..Jika suatu hari nanti ia meletus,aku tidak dapat gambarkan di sini bagaimana reaksi orang di sekelilingku :) Orang yang pendiam ini di ibaratkan laut yang tenang tu jangan disangka tidak akan bergelora..Sekali ia bergelora,habis punah segala yang ada di sisinya.. Apa-apapun jangan terlampau menurut kata hati,, berfikirlah dengan waras sebelum bertindak.Ok!
Tuesday, July 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment